Blogger Templates

Thursday, March 17, 2011

gurau je..

Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Bahasa Inggeris

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.



Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Makan

cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................

cite pokok gaharu..


Halluuu...Ohhh..Lamanya tak update..Ok2..Yen ada story ckit..Lecturer Yen bagitau kan, sape yang umah tepi hutan ni kaya..Kami pun tertanya-tanya la kenapa..Rupa-rupanya kaya ngan hasil hutan yang boleh mendatangkan duit..Contohnya tenggiling yang boleh mencecah lebih RM 1k..Tetapi ingin saya pesan kepada kawan-kawan..Jangan melakukan pemburuan haram ye..Nanti bukan untung yang dapat..Rugi yang diterimanye..Huhu..

Ok..Yen story ckit pasal pokok gaharu ni..Yen pun tak pandai sangat..Just to share..Pokok gaharu ni boleh juga dipanggil dengan nama pokok depu atau nama saintifiknya ialah Aquilaria Malaccensis..Pokok gaharu ni boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter dan diameternya pula mencapai sekitat 60 cm..Pokok gaharu ni tumbuh di kawasan hutan hujan tropika especially di tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggiannya sehingga 270 meter daripada paras laut..Pokok gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya..Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg..Fuhhh..Boleh jadi kaya ni..Hahaha..


Ni lah pokok gaharu..Actually Yen pun tak pokok gaharu tu cm ne..Huhuhu..



Kulit gaharu..


Perfume yang diperbuat dari gaharu..Agak-agak wangi tak??