Blogger Templates

Monday, January 17, 2011

diet..


Yen ada kawan-kawan yang plan nak berdiet..Konon-kononnya gemuk la, boroi la and so on..Huhu..Jangan marah..I nak bagi u all tips..Amalkan la ek if nak kurus, kempis dan sebagainya...Hahaha..

Tips  :

  • Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
  •  Buat exercise keluarkan peluh sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Paling baik  ‘jogging’ atau berenang.
  • Amalkan makan malam sebelum kul 7 malam. Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.
  • Jangan mudah terpedaya iklan-iklan merampingkan badan atau produk-produk pil kurus. Kebanyakkannya indah khabar dari rupa. Duit habis, badan tetap juga naik.
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan membeli produk diet yang banyak terdapat di pasaran dan farmasi. Pandangan doktor adalah lebih selamat.
  • Turun 1 kg sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan secara drastik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara mendadak pula.
  • Rajinkan diri melakukan senaman seperti sit-up. Jika mampu, berkunjunglah ke jim berdekatan. Senaman membentuk otot yang sihat dapat membakar lemak.
  • Positifkan diri. Buatlah target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.
  • Jangan asyik menimbang berat badan. Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.
  • Beri penghargaan untuk diri sendiri. Beri ganjaran pada diri sendiri jika matlamat tercapai. Contohnya, makan satu bar coklat yang sedap. 
  • Tips yang last ni Yen dapat dari kawan. Dia cakap time kita makan jangan diselang-selikan dengan minum air. Tunggu lepas makan. Selepas 10 minit baru minum air. Ini untuk mengelakkan perut buncit.
Selamat beramal ye..





3 comments:

  1. sy nk turunkn berat badan tp sy tak reti swimming la...macam mana ek?

    ReplyDelete
  2. gunala pelampung..supaya anda tidak kelemasan...huhu

    ReplyDelete
  3. oooo..pelampung ek, boleh ke nnt?

    ReplyDelete